Isnin, 5 Ogos 2013

Bagaimana memilih Buah Tembikai?

Pic source: www.healthyfoodstar.com

Bagaimanakah anda memilih buah tembikai ketika membeli belah? Sudah pasti anda mempunyai cara tersendiri sewaktu memilihnya.

Ada yang suka mengetuk-getuk buah tembikai tersebut seperti "bongo" dan ada juga yang melambung-lambung buah tersebut.

Tetapi tahukah anda terdapat teknik yang boleh membantu anda sewaktu memilih buah tembikai.

Sewaktu memilih buah tersebut pastikan buah tersebut tiada lekuk dan sama saiz, pusingkan buah tembikai pada bahagian bawahnya dan pastikan warnanya kuning susu.

Warna ini penting kerana bahagian tersebut berada atas tanah sewaktu di kebun dan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi menjadikan warnanya kuning susu.

Jika anda mendapati warna bahagian bawah tembikai yang anda pilih itu masih berwarna hijau atau putih kemungkinan besar buah tersebut telah dipetik terlalu awal.

Selamat mencuba. Sudilah kongsikan teknik atau cara bagaimana anda memilih buah tembikai sewaktu membeli belah.

Oleh: Melanie Pinola