Jumaat, 1 Januari 2016

7 Tips Untuk Kulit Muka Yang Cantik dan Sihat.

Kesihatan kulit muka adalah amat penting bagi kita, baik untuk lelaki atau perempuan.

Ini kerana kulit muka menjadi focus utama semasa memberikan impresi pertama akan diri anda.

Kulit muka yang sekata,segar dan menawan akan memberikan anda keyakinan diri dan impresi yang positif, jika tidak dijaga ia akan memberikan impresi yang sebaliknya

Sebagai pembuka tirai tahun 2016, Ingin saya kongsikan 7 tips penjagaan kulit muka.

1.Air
Air merupakan satu medium yang baik untuk menyegarkan diri anda. Air mampu menghidrasikan badan anda dan menyegarkan kulit muka anda.
Seperti pokok bunga yang tidak disiram akan kelihatan layu, muka anda akan kelihatan layu dan tidak bermaya jika anda tidak mengamalkan tabiat untuk mengekalkan hidrasi badan anda.
So.. tips pertama ialah untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk mengekalkan hidrasi badan anda.

2.Cucian muka.
Adalah disyorkan jika anda mencuci muka anda dengan cucian pengelupasan. Terdapat banyak cucian di pasaran yang boleh anda pilih. Cucian jenis pengelupasan membantu anda untuk membuang sel sel kulit yang lama dan kotor dan mengalakkan pertumbuhan sel sel muka yang baru.

Teknik yang disyorkan adalah dengan mengunakan kain yang lembut semasa cucian dan cuci dua kali sekali, pada pagi dan malam sebelum tidur.

Fokuskan pada bahagian dahi, pipi dan dagu, gosokkan bersama kain lembut tadi selama 10 saat disetiap bahagian.

P/S elak gosok terlalu lama dan kuat, Ingat kulit muka sangat sensitif, Ia mudah tercedera.

3.Krim pelembab
Tak kisah lelaki atau perempuan, gunakan krim pelembab yang bersesuaian. Krim pelembab adalah untuk menghidrasikan kulit anda dari luar. Seperti air yang mampu menghidrasi kulit dari dalam, krim pelembab mampu menghidrasi kulit dari luar. Ini akan meningkatkan kelembabkan kulit anda dan menampakkan kulit yang lebih cerah dan segar.

4.Makanan
Ini tips yang sering kali didengar, pemakanan yang seimbang akan memberikan kondisi kulit yang lawa dan muda.
Lebihkan sayuran dan buah buahan dalam makanan seharian. Sayuran dan buah buahan dalah anti-pengoksidaan yang baik, dan mampu membantu dalam megekalkan ketegangan kulit. Juga
kurangkan makanan berlemak dan berminyak.

5.Jangan Merokok.
Elakkan merokok, jika anda seorang perokok, berhenti Merokok!!
Merokok boleh menyebabkan kulit anda kelihatan tua dan tidak sekata. Tak guna jika anda membelanjakan duit yang banyak untuk produk penjagaan kulit jika anda merokok. 

So..elakkan merokok.

6.SPF 16
SPF 16 adalah krim berjenis menghalang UV yang biasa digunakan untuk mengelakkan “Sun Burn”. Cahaya UV akan menyebabkan kulit berkedut dan tona kulit menjadi tidak sekata. 
Ada juga kajian yang menyatakan UV boleh menyebabkan Kanser kulit. 

Oleh yang demikian gunakan krim pencerah atau pelembab SPF 16 untuk menghalang terikan cahaya UV pada muka anda

7.Kaca Mata Hitam
Bukan sahaja ia boleh menampakkan anda “cool”, tetapi boleh menghalang dari  kawasan disekeliling mata anda nampak tidak sekata, berkedut dan bertona gelap.
Oleh yang demikian, amalkan tabiat mengunakan cermin mata hitam yang berkualiti sewaktu anda keluar.

Itu sahaja tips untuk kali ini, silakan komen dan kongsikan tips ini bersama rakan rakan anda,  diharapkan anda akan mendapat kulit yang lebih menawan segar dan sihat selepas mengamalkan tips tips ini.  

Sekian.



-iamalphamen