Jumaat, 1 Januari 2016

7 Tips Untuk Kulit Muka Yang Cantik dan Sihat.

Kesihatan kulit muka adalah amat penting bagi kita, baik untuk lelaki atau perempuan.

Ini kerana kulit muka menjadi focus utama semasa memberikan impresi pertama akan diri anda.

Kulit muka yang sekata,segar dan menawan akan memberikan anda keyakinan diri dan impresi yang positif, jika tidak dijaga ia akan memberikan impresi yang sebaliknya

Sebagai pembuka tirai tahun 2016, Ingin saya kongsikan 7 tips penjagaan kulit muka.

1.Air
Air merupakan satu medium yang baik untuk menyegarkan diri anda. Air mampu menghidrasikan badan anda dan menyegarkan kulit muka anda.
Seperti pokok bunga yang tidak disiram akan kelihatan layu, muka anda akan kelihatan layu dan tidak bermaya jika anda tidak mengamalkan tabiat untuk mengekalkan hidrasi badan anda.
So.. tips pertama ialah untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk mengekalkan hidrasi badan anda.

2.Cucian muka.
Adalah disyorkan jika anda mencuci muka anda dengan cucian pengelupasan. Terdapat banyak cucian di pasaran yang boleh anda pilih. Cucian jenis pengelupasan membantu anda untuk membuang sel sel kulit yang lama dan kotor dan mengalakkan pertumbuhan sel sel muka yang baru.

Teknik yang disyorkan adalah dengan mengunakan kain yang lembut semasa cucian dan cuci dua kali sekali, pada pagi dan malam sebelum tidur.

Fokuskan pada bahagian dahi, pipi dan dagu, gosokkan bersama kain lembut tadi selama 10 saat disetiap bahagian.

P/S elak gosok terlalu lama dan kuat, Ingat kulit muka sangat sensitif, Ia mudah tercedera.

3.Krim pelembab
Tak kisah lelaki atau perempuan, gunakan krim pelembab yang bersesuaian. Krim pelembab adalah untuk menghidrasikan kulit anda dari luar. Seperti air yang mampu menghidrasi kulit dari dalam, krim pelembab mampu menghidrasi kulit dari luar. Ini akan meningkatkan kelembabkan kulit anda dan menampakkan kulit yang lebih cerah dan segar.

4.Makanan
Ini tips yang sering kali didengar, pemakanan yang seimbang akan memberikan kondisi kulit yang lawa dan muda.
Lebihkan sayuran dan buah buahan dalam makanan seharian. Sayuran dan buah buahan dalah anti-pengoksidaan yang baik, dan mampu membantu dalam megekalkan ketegangan kulit. Juga
kurangkan makanan berlemak dan berminyak.

5.Jangan Merokok.
Elakkan merokok, jika anda seorang perokok, berhenti Merokok!!
Merokok boleh menyebabkan kulit anda kelihatan tua dan tidak sekata. Tak guna jika anda membelanjakan duit yang banyak untuk produk penjagaan kulit jika anda merokok. 

So..elakkan merokok.

6.SPF 16
SPF 16 adalah krim berjenis menghalang UV yang biasa digunakan untuk mengelakkan “Sun Burn”. Cahaya UV akan menyebabkan kulit berkedut dan tona kulit menjadi tidak sekata. 
Ada juga kajian yang menyatakan UV boleh menyebabkan Kanser kulit. 

Oleh yang demikian gunakan krim pencerah atau pelembab SPF 16 untuk menghalang terikan cahaya UV pada muka anda

7.Kaca Mata Hitam
Bukan sahaja ia boleh menampakkan anda “cool”, tetapi boleh menghalang dari  kawasan disekeliling mata anda nampak tidak sekata, berkedut dan bertona gelap.
Oleh yang demikian, amalkan tabiat mengunakan cermin mata hitam yang berkualiti sewaktu anda keluar.

Itu sahaja tips untuk kali ini, silakan komen dan kongsikan tips ini bersama rakan rakan anda,  diharapkan anda akan mendapat kulit yang lebih menawan segar dan sihat selepas mengamalkan tips tips ini.  

Sekian.



-iamalphamen

Jumaat, 25 Disember 2015

Focus Baru!

Hello dan Hi,
Selepas sekian lama !!
Kesihatan Kini akan menjadi lebih aktif dan akan focus kepada Penjagaan Kecantikan, Kulit dan juga Penjagaan Luka.
Teruskan membaca kesihatan kini untuk info lebih lanjut,

Isnin, 5 Ogos 2013

Bagaimana memilih Buah Tembikai?

Pic source: www.healthyfoodstar.com

Bagaimanakah anda memilih buah tembikai ketika membeli belah? Sudah pasti anda mempunyai cara tersendiri sewaktu memilihnya.

Ada yang suka mengetuk-getuk buah tembikai tersebut seperti "bongo" dan ada juga yang melambung-lambung buah tersebut.

Tetapi tahukah anda terdapat teknik yang boleh membantu anda sewaktu memilih buah tembikai.

Sewaktu memilih buah tersebut pastikan buah tersebut tiada lekuk dan sama saiz, pusingkan buah tembikai pada bahagian bawahnya dan pastikan warnanya kuning susu.

Warna ini penting kerana bahagian tersebut berada atas tanah sewaktu di kebun dan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi menjadikan warnanya kuning susu.

Jika anda mendapati warna bahagian bawah tembikai yang anda pilih itu masih berwarna hijau atau putih kemungkinan besar buah tersebut telah dipetik terlalu awal.

Selamat mencuba. Sudilah kongsikan teknik atau cara bagaimana anda memilih buah tembikai sewaktu membeli belah.

Oleh: Melanie Pinola

Rabu, 22 Mei 2013

Mereka yang Sentiasa Gembira!. Apa Yang Membuatkan Sentiasa Gembira??


Adakah anda mempunyai kawan atau kenalan yang sentiasa gembira dan ceria sepanjang hari?

Jika kita tahu rahsia mengapa orang boleh bergembira dan ceria, ia juga boleh mengubah diri anda untuk menjadi gembira dan lebih menikmati kehidupan kita.

Dalam tulisan kali ini, Saya ingin berkongsi tabiat-tabiat yang menjadikan seseorang itu sentiasa gembira.







Rabu, 15 Mei 2013

Makan perlahan untuk Elakkan makan berlebihan.


Adakah anda ingin mengurangkan berat badan?
Adakah anda rasa anda makan dengan terlalu banyak? Tahukah anda yang untuk elak makan secara berlebihan anda perlu makan dengan perlahan?

Makan secara perlahan boleh membantu anda untuk lebih memahami isyarat lapar yang sebenar anda dan bukannya nafsu, ia juga boleh membantu anda untuk mengenal pasti sebab-sebab kenapa anda makan secara berlebihan ,seperti emosi atau hanya kerana anda suka makan.

Walau bagaimanapun, makan secara perlahan bukanlah suatu keputusan yang boleh anda buat dengan cepat den tiba tiba, sebaliknya, ia adalah satu tabiat yang anda memerlukan ketabahan dan motivasi diri yang tinggi untuk dijadikan amalan.

Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk makan dengan perlahan dan sedikit.

Sabtu, 11 Mei 2013

5 cara meningkatkan kecerdasan dan IQ minda anda

Kecerdasan dan IQ minda seseorang dikatakan bergantung kepada genetic. Kita pun mesti pernah mendengar cerita budak umur 8 tahun yang boleh meyelesaikan masalah matematik peringkat universiti.

Walaupun terdapat orang yang dilahirkan dengan Kecerdasan dan IQ yang tinggi, kita juga boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ kita dengan beberapa cara mudah.

Dalam tulisan kali ini, ingin saya berkongsi 5 cara yang boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ minda anda.


Jumaat, 10 Mei 2013

Ingin Berkongsi Article Dengan Kami di Kesihatan Kini

Adakah anda seorang penulis blog? Jika anda ingin berkongsi article anda dengan Kesihatan Kini, Sila email kan article anda kepada sahramcorp@gmail.com.

Jangan lupa sertakan NAMA PENUH ANDA dan ALAMAT PENUH LAMAN BLOG anda





Syarat-Syarat penghantaran ialah

1.Mesti article tulen/original anda.
2.Boleh hantar article yang sudah dipublish/disiarkan pada lama web anda sahaja
3.Gambar bagi article akan disediakan oleh pihak KESIHATAN KINI. 
4.Sila beri alamat penuh laman web anda untuk dibacklink

Diharap article anda dapat membantu untuk meningkatkan jumlah pembaca/traffic pada laman blog anda dan membantu memberikan tips tips berguna kepada penbaca blog.

sekian.