Sabtu, 11 Mei 2013

5 cara meningkatkan kecerdasan dan IQ minda anda

Kecerdasan dan IQ minda seseorang dikatakan bergantung kepada genetic. Kita pun mesti pernah mendengar cerita budak umur 8 tahun yang boleh meyelesaikan masalah matematik peringkat universiti.

Walaupun terdapat orang yang dilahirkan dengan Kecerdasan dan IQ yang tinggi, kita juga boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ kita dengan beberapa cara mudah.

Dalam tulisan kali ini, ingin saya berkongsi 5 cara yang boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ minda anda.




1.Bermain latihan teka-teki.

Kita boleh melatih kreativiti dan daya pemikiran minda kita dengan bermain permainan bercirikan teka-teki seperti soduku,silang-kata dan game game yang bersifat puzzle.

Apabila kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam permainan tersebut, sel sel otak akan berhubung dan berinteraksi sesama sendiri dan akan meningkatkan daya pemikiran anda dengan lebih baik.

2. Belajar Bakat baru.

Setiap orang mempunyai bakat mereka yang tersendiri, kebanyakkan bakat tersebut kekal terpendam dan tersembunyi kerana tidak diasah.

Adalah lebih baik jika anda cuba mahirkan diri dengan bakat yang baru(jika anda tiada bakat). kebanyakan artist music dan pemain peralatan musikal mempunyai IQ yang tinggi.

Dengan berlatih dan mengasah bakat baru anda dapat juga mengasah bahagian kreativiti minda anda untuk berfikir dengan lebih baik. ini juga dapat meningkatkan IQ anda.

3. Berjoging membuatkan anda pintar.

Badan adalah satu sistem yang bergantung kepada perhubungan antara kesemua organnya dan sentiasa bergantung antara satu sama lain. Jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, otak anda tidak akan mendapat pengaliram darah dan oksigen yang sempurna.
 Pengaliran darah dan oksigen yang sempurna penting untuk otak untuk terus cerdas dan berfikir secara kritis.
Jantung yang sihat juga bermaksud otak yang sihat. Endorfin yang terhasil dalam badan kita daripada senaman adalah baik untuk otak kita.


4. Jangan berhenti belajar.

Pendidikan adalah perkara pertama yang orang fikirkan apabila dikaitkan dengan IQ. Jelas sekali, lebih banyak anda tahu, anda menjadi lebih bijak.

Mempelajari sesuatu yang baru adalah untuk menjadi lebih bijak, tetapi perkara yang paling penting ialah apa yang anda lakukan dengan pendidikan itu dan mengubah sesuatu dalam kehidupan anda dengan ilmu tersebut.

Mesti anda banyak membaca tips tips kemahiran hidup daripada blog ini. Adakah anda mengunakan tips tersebut untuk mengubah diri anda.

Jika 'Ya' anda sedang mencapai kecerdasan minda yang anda inginkan


5. Luaskan Pandangan dan Lebihkan Pengalaman

Anda tidak akan mendapat maklumat yang baru jika anda hanya melekat dengan apa yang anda tahu.

Anda akan belajar lebih banyak jika pergi bercuti ke kampung atau membuat perjalanan backpacking daripada hanya tinggal di rumah. Pengalaman hidup adalah lebih baik daripada pengalaman dalam buku

Mengambil percutian untuk menenangkan pemikiran anda boleh memberi manfaat kecerdasan kepada anda. Anda boleh mempelajari sesuatu dari setiap pengalaman, baik atau buruk anda nilai sendiri dan jadikan pedoman

Jangan sekali-kali berputus-asa untuk meningkatkan kecerdasan anda, dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sekian




Tiada ulasan:

Catat Ulasan