Rabu, 8 Mei 2013
21 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Anda Ingin Berjaya
Adakah anda seorang yang sedang mengejar kejayaan dalam hidup? Kejayaan dalam hidup adalah satu subjek yang sangat luas dan begitu am ia tidak boleh didefinasikan secara keseluruhan.
Tetapi pada tulisan saya ini, ingin sya kongsikan 21 pekara yang anda perlu elakkan jika anda ingin maju dan berjaya dalam kehidupan anda samada dalam pelajaran, kerjaya atau kewangan.
Selamat Membaca dan cerminkan diri anda, jika anda melakukan pekara pekara dibawah, adalah masa untuk anda berubah.
1. Lebih melakukan melakukan sesuatu dan mengunakan lebihan tenaga, atau berfikir akan sesuatu secara lebihan dari yang sepatutnya.
2. Mengatakan 'YA' apabila anda ingin mengatakan 'TIDAK'.
3. Membuat pekara yang 'Hendak Dilakukan' dan mengabaikan pekara yang 'Perlu Dilakukan'.
4. Membuat keputusan berdasarkan emosi dari pengaruh luar.
5.Mengharapkan orang lain untuk membuatkan anda rasa gembira, berpuas hati, atau disayangi.
6. Membenarkan kerja untuk menguasai pemikiran atau perbualan anda pada hari cuti.
7. Berfikir anda tidak ada masa yang cukup untuk makan yang seimbang, atau untuk bersenaman.
8. Menghabiskan masa lapang anda melakukan perkara yang anda sendiri tidak mahu lakukan.
9. Membandingkan diri anda dengan orang lain.
10. Memikirkan dan menekankan perkara yang tidak berada di kawalan anda.
11. Memikirkan tentang kehidupan peribadi orang lain.
12. Mefokuskan diri dan masa anda dengan urusan yang tidak melibatkan anda.
13. Memikirkan tentang sesuatu masalah dan bukannya penyelesaian.
14.Memikirkan perkara negatif.
15. Mengatakan "Kan saya dah Kata"/ "Kan aku dah beritahu tadi" apabila nasihat anda tidak diterima
16. Terlalu memikirkan tentang trend dan fashion dalam kehidupan
17. Menyalahkan orang lain atas pekara yang terjadi keatas anda.
18. Membeli sesuatu barang yang tidak penting hanya kerana ianya trend sekarang/untuk berlagak.
19. Memberi alasan untuk mengelakkan tanggungjawab atau sesuatu kerja.
20. Masuk campur perbualan orang lain-biasanya kerana paranoid orang mengata/mengumpat anda.
21. Meyembunyikan dan memanipulasi perasaan diri sendiri
Adakah anda melakukan pekara pekara diatas? Jika 'Ya' cuba jauhkan pekara pekara tersebut untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang anda tujui.
Sekian
sumber:http://advancedlifeskills.com/blog/21-things-not-to-do-if-you-want-to-succeed/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan