Khamis, 2 Mei 2013

7 CARA untuk mengawal serangan panik


Adakah anda tahu bahawa 25 peratus daripada pesakit kecemasan yang mengadu sakit dada sebenarnya berpunca daripada panik?

Ya, serangan panik adalah biasa. Malah, kira-kira 20% daripada orang dewasa mengalami ia setiap- hari.

Penghidap serangan panik biasanya memerlukan bantuan profesional. Sokongan emosi dari keluarga dan rakan-rakan mereka juga membantu. Bimbingan Psikologi juga diperlukan untuk menilai penyebab ketakutan supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan. Sokongan seperti ini akan memberi jaminan bahawa pesakit tidak bersendirian dan mempunyai sokongan dan motivasi daripada orang-orang yang penting kepadanya.

Orang yang mengalami serangan panik juga perlu tahu bahawa keadaan ini boleh dirawat dan dicegah. Malah, terdapat cara-cara kreatif  yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan ia daripada berlaku. Berikut adalah tujuh cara kreatif tersebut.



1.Tonton video lucu.
Pada tanda pertama serangan, menghidupkan komputer anda aau apa juga gadject anda dan carilah video-video yang lucu. Dengan menonton video yang lucu anda akan hilang fokus akan fikiran-fikiran negatif. Ketawa adalah benar-benar penawar yang terbaik untuk serangan panik. Terbukti juga secara Saintifik,bahawa ketawa membantu mengurangkan tekanan darah, melambatkan kadar jantung anda dan merehatkan otot-otot anda.

2.Dengarlah lagu-lagu kegemaran anda.
Baring di atas sofa anda dan dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Fikirkan tentang lyrics indah yang mengiringi mereka. Fikirkan fikiran bahagia. Biarkan muzik membawa anda ke tempat atau masa di mana anda berasa anda paling aman dan paling gembira.

3.Keluar dari rumah atau bilik anda.
Jika anda berada dalam rumah, bersendirian dan tiba-tiba berasa cemas tanpa sebab, keluarlah untuk mengubah suasana sekeliling anda. Berkebun adalah antara aktiviti yang paling disyorkan untuk bersantai. Ia mengubah fikiran anda daripada perkara yang mencemaskan anda.

4.Tulis.
Sebaik sahaja anda berasa negatif adalah digalakkan untuk menulis tentang perasaan anda atau perkara-perkara yang membuat anda bahagia. Menulis tentang matlamat dan impian dalam kehidupan anda amatlah membantu. Penulisan merupakan satu terapi untuk membantu anda meluahkan perasaan dan pemikiran anda dengan cara yang beransur-ansur. Proses secara beransur-ansur ini membantu banyak dengan dalam menangani serangan panik.

5.Lakukan senaman pernafasan.
Cari ruang di mana anda boleh melakukan senaman pernafasan. Pastikan ia tenang. Bilik yang gelap boleh membantu anda memberi lebih tumpuan, melakukannya. Tutup mata anda dan kekalkan perhatian pada pernafasan anda. Tarik nafas seolah-olah anda menerima semua perkara yang menganggu fikiran anda. Menghembus nafas seolah-olah anda meniup mereka semua dari diri anda Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 5 kali atau sehingga anda merasa tenang.

6.Bergotong-royong.
Cari kawasan di rumah anda yang anda jarang membersihkan, seperti loteng atau garaj. Bersihkan dan buang apa yang anda tidak perlukan lagi. Menyapu dan lap dinding dan lantai dengan kain basah. Anda mungkin mendapati diri anda kotor dan berpeluh seluruh tetapi ia tidak mengapa. Anda telah lupa tentang perkara yang mengancam situasi panik anda.

7.Libatkan diri dalam kerja amal.
Kadang-kadang seseorang itu perlu melihat orang lain yang kurang bernasib-baik untuk menyedari betapa bertuahnya dia. Cari dalam komuniti anda jika anda boleh mengambil bahagian dalam kerja-kerja amal. Kemudian, anda akan menyedari bahawa anda bukan sahaja membantu orang lain, anda juga membantu diri sendiri. Tumpuan anda akan beralih kepada perkara-perkara yang jauh lebih penting.

Ketakutan adalah naluri semula jadi manusia. Terdapat situasi yang benar-benar boleh mencetuskan  perasaan panik, Tetapi sentiasa takut akan sebab yang tidak diketahui boleh memudaratkan anda. Sentiasa mengawal keadaan sekeliling anda. Jangan menyerahkan diri kepada kebimbangan. Penyerahan kepada perassan takut dan panik bermakna anda menafikan diri anda dengan peluang untuk menjalani kehidupan yang normal dan bahagia.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan