Isnin, 6 Mei 2013

6 Tips Mudah Untuk Memberi Persembahan/Presentasi Yang Berkesan

Samada anda seorang pelajar Sekolah, Kolej, Universiti atau sudah berkerja tidak mungkin dapat lari daripada memberi
Persembahan/Presentasi.

Apabila memberikan persembahan/presentasi terdapat beberapa tips mudah untuk memberi presembahan/presentasi yang berkesan.

Pada tulisan kali ini, saya ingin kongsikan 6 tips mudah untuk memberi persembahan/presentasi yang berkesan.






1. Tahu subjek anda.

Jika anda tahu subjek presentatsi anda dengan baik, anda boleh bercakap tentang mendalam dan menarik mengenai topik presentasi anda. Lakukan penyelidikan yang mendalam tentang subjek anda, tonton video-video mengenai subjek dan lihat cara orang lain memberi presentasi yang lebih kurang sama dengan topic anda. Ini dapat menolong anda untuk mendapatkan tips dan idea yang lebih mendalam dengan topic anda.

2.  Gariskan topic utama persembahan/presentasi anda.

Seperti menulis karangan,presentasi anda perlulah mempunyai pendahuluan/perrmulaan, pertengahan(isi), dan akhir(penutup). Tetapi jangan menulis dan baca keseluruhan ucapan anda, hanya gariskan atau highlight-kan isi atau point utama persembahan anda dan gunakan ayat sendiri untuk mengolahnya. Jangan menghafal, jika anda menghafal, anda mungkin akan tersangkut(thought-block) kerana lupa disebabkan perasaan gementar.

3. Jangan terlalu bergantung kepada slaid.

Aplikasi PowerPoint telah membuat kita mudah untuk membuat slaid, kesalahan yang sering dilakukan oleh pemberi persembahan adalah terlalu bergantung kepada slaid. Kebanyakkan pemberi presentasi cuba memasukkan kesemua ayat presentasi mereka kedalam slaid mereka,ini akan menjadikan slaid anda penuh dengan perkataan dan membosankan penonton. 
1.Cuba pendekkan slaid anda - tidak lebih daripada 3 hingga 5 baris.
2.Elakkan slaid yang terlalu banyak grafik, dan gambar 
3.Jangan baca slaid anda secara bulat-bulat kepada penonton.

4.Berlatih 


Luangkan masa untuk berlatih memberi ucapan anda, sebaik-baiknya di hadapan cermin-ini dapat membantu anda menilai posture badan anda dan mengurangkan rasa gementar. Bacak ucapan anda dengan kuat ini akan membantu anda untuk mencari titik lemah dalam ucapan anda supaya anda boleh mengelakkan "Um ... ah ..." semasa persembahan yang sebenar. 


5. Hubungan mata

Malah dalam sebuah dewan seramai seribu orang (Harap-harap, persembahan pertama anda buaknlah didepan khalayak yang begitu ramai), adalah penting untuk berhubung dengan penonton anda. Hubangan mata dengan penonton adalah penting. jengan pandang slaid anda sahaja atau pandang bawah pada kertas anda. pastikan anda membuat hubungan mata secara berkala dengan ahli-ahli penonton pada semua sudut di dewan tersebut. Pandangan berkala ini adalah seperti bila anda menggunakan cermin di dalam kereta anda konsep dan frekuensinya adalah lebih kurang sama.


6. Gunakan jenaka , tetapi dengan berhati-hati.

Gunakan jenaka yang relevent yang tidak menjatuhkan maruah atau mencederekan hati mana mana pihak. Tips tips jenaka ini bolehlah anda pelajari dari video-video Youtube yang berkaitan dengan subjek anda. Elakkan diri anda dari ketawa dengan kuat semasa berlawak. 

Sekian, diharapkan tips tips ini dapat membantu anda untuk memberikan persembahan/presentasi yang lebih menarik dan berkesan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan