Sabtu, 4 Mei 2013

7 tingkah laku yang membina keyakinan diri.

Tingkatkan keyakinan anda!!
Walaupun keyakinan diri dan harga diri dipengaruhi oleh pengalaman zaman kanak-kanak kita, ia sudah tentu tidak berakhir di situ sahaja.Ramai diantara kita berasa susah untuk membina harga diri dan keyakinan diri.
Seperti mana-mana kemahiran hidup yang lain, terdapat cara yang mudah dan berkesan untuk mengubah persepsi kita tentang diri kita sendiri.

Dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi akan 7 tingkah-laku yang boleh membina keyakinan diri.




1. Tunjukkan Gaya badan yang berkeyakinan dan Harga diri yang tinggi.

Pandangan pertama orang lain terhadap anda adalah sangat penting. Oleh itu tunjukkan gaya yang anda seorang yang berkeyakinan tinggi. Jangan memencilkan diri anda. Ubah bahasa badan anda,  duduk dengan penuh berkeyakinan dan bercakap dengan  hubungan mata yang langsung dan dengan senyuman pada muka anda. Dengan menunjukkan gaya badan dan mempamirkan posture badan yang berkeyakinan, anda akan secara psikologi barasa lebih berkeyakinan dan membuatkan orang lain berasa sama terhadap diri anda.

2. Pengenalan diri meningkatkan imej keyakinan anda.

Apabila anda bertemu dengan seseorang yang baru, sama ada secara peribadi atau melalui telefon, sentiasa memberi tahu mereka nama anda dengan yakin, contohnya "Hello/Selamat , Saya Ramlee" Selamat berkenalan, Saya Ramlee" Mendahului perbualan dengan pengenalan diri yang baik akan memberi satu ekspresi bahawa anda menghormati diri anda, berkeyakinan tinggi, Ini juga akan membuatkan seorang itu menghormati anda dan akan juga menjaga imej diri anda.

3. Bersedia untuk menerima pujian.

Jangan mengecilkan diri anda atau merendah diri apabila menerima pujian.Daripada cuba untuk menidakkan pujian yang diberikan, belajarlah menghargainya. Berterima-kasih kepada orang yang memuji dan sentiasa nilai diri anda"bahawa anda layak menerima pujian tersebut"
Menerima pujian secara terbuka dan mencerminkan kepada diri anda boleh membantu meningkatkan keyakinan diri anda.

4. Elakkan promosi diri.

Bercakap besar, dan sikap berlagak menunjukan seseorang kurang keyakinan diri dan keinginan perhatian. Sebaliknya, kesopanan dan menghormati orang lain adalah ciri-ciri seseorang yang mempunyai harga diri yang tingi. Orang yang bercakap gah inginkan .Ia seperti memakai tanda pada baju anda yang mengatakan "sila lihat saya dan memberitahu bahawa saya hebat?"

5. Amalkan perbualan yang positif.

Elak menjadikan masalah peribadi anda masalah orang lain. Bercakap positif tentang kehidupan anda dan kehidupan orang-orang di sekeliling anda adalah satu tabiat yang baik untuk mengekalkan tenaga yang positif disekeliling anda. Ia juga melatih diri anda untuk menjadi sedar, dan untuk mengelak dari, pemikiran negatif. Ambil perhatian akan berapa kerap anda mengadu dan berusahalah untuk menghapuskan tabiat itu. Apabila anda terdorong untuk mengkritik atau mengadu, mencari jalan untuk menjadikan fikiran anda ke arah yang positif sebelum anda bercakap.

6. Kurangkan keraguan dengan tindakan yang positif. 

Penawar terbaik untuk mereka yang meragui diri mereka adalah untuk meningkatkan tahap produktiviti diri mereka. Apabila keyakinan diri berada ditahap yang rendah, Lakukan sesuatu aktiviti yang anda mahir dan berproduktif, Elak memberi tumpuan pada masalah dan pikirkan jalan penyelesaian masalah tersebut. dengan melakukan sesuatu aktiviti anda akan mengelakkan diri anda daripada berfikiran bukan bukan dan memberi sokongan psikological kepada minda anda untuk mencari jalan penyelesaian.

7. Anggap segala yang menimpa sebagai satu peluang. 

Apabila anda memilih untuk melihat sesuatu sebagai halangan dan bukannya peluang keseluruhan perspektif anda beralih ke arah yang negatif. Melihat sesuatu dengan perspectif peluang akan menanamkan keyakinan diri. Anggap sesuatu kesusahan yang menimpa anda sebagai cabaran dam peluang.
Baca Tulisan saya Masalah atau Cabaran? Mana yang anda inginkan??. Diharap ia dapat membantu anda untuk mengubah padangan anda tentang masalah yang menimpa diri anda.

Akhir kata, keyakinan diri adalah satu aspek yang penting dalam diri kita. Orang yang berkeyakinan tinggi dapat mencapai matlamat dan mimpinya. Harap tulisan kali ini dapat membantu anda meningkatkan keyakinan diri anda dan membantu anda untuk kehiduan yang lebih baik dan produktif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan