Isnin, 6 Mei 2013

Bahasa Badan: 5 cara untuk tahu seseorang itu menipu.

Bahasa badan adalah alat komunikasi bukan lisan yang kuat dan sangat berkesan jika kita tahu apakah isyarat yang patut dikenalpasti.

Menguasai bahasa badan adalah suatu skill yang boleh dipelajari. Anda akan mula perasan bahawa orang menipu lebih daripada apa yang anda pernah dibayangkan. Malah, penyelidik mendapati bahawa 60% daripada orang dalam perbualan 10 minit secara purata memberitahu 3 fakta palsu dalam jangka masa perbualan itu.

Pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi teknik bahasa badan untuk mengetahui jika seseorang itu sedang menipu anda. Berikut adalah 5 cara bagaimana??



1.Lihat Mata


Biasanya apabila seseorang itu menipu, mata mereka akan memberikan 2 petunjuk mata, bergantung kepada sejauh mana mereka bersedia dan kecekapan mereka berbohong. Pembohong berpengalaman (termasuk kebanyakan kanak-kanak) biasanya mengelak daripada membuat hubungan mata kerana dua sebab: mereka malu dan mereka sedang mencipta cerita bohong itu       (sedang menumpukan perhatian dalam mengolah cerita tipu tersebut.)

Penipu yang berpengalaman tahu teknik ini dan mengelakkan diri mereka daripada melakukan kesilapan ini dan untuk elakkan pembohongan mereka terbongkar , jadi mereka akan mengadakan hubungan mata untuk seberapa lama yang boleh. Dalam kes ini, kadar sekelip mereka akan lambat dan anda juga akan perasaan bahawa merenung mereka seakan akan tidak bersalah. Renungan ini dikenali sebangai renungan bambi














2. Gesture tangan

Pergerakan atau gesture tangan boleh menunjukkan kepada kita jika seseorang itu sedang menipu atau tidak. Jika mereka menipu terdapat beberapa pergerakan tangan yang telah dikenalpasti.

  1. Menyentuh bibir- apabila seseorang itu menipu mereka akan sentiasa menyentuh bibir mereka. Ini adalah kerana respon badan yang automatik untuk menyelakkan penipuan. kika anda perasaan seseorang itu kerap menyentuh bibirnya semasa percakapan-kemungkinan besar dia sedang menipu. 
  2. Meyembunyikan tangan- memasukkan tangan dalam poket, memegang tangan dibelakang dan memeluk tubuh semasa bercakap juga menunjukkan seseorang itu sedang menipu. ini adalah juga respon badan untuk menyembunyikan perasaan gementar semasa menipu.
  3. Gesture tangan yang melampau- Satu lagi tanda seseorang itu sedang menipu adalah pergerakan tangan yang melampau seperti meyikat/membetulkan rambut, membetulkan baju, atau bermain dengan objek di tangan seperti pen dan cincin,bergendang mengunakan jari, ini merupakan bahasa badan seseorang itu resah dan gementar, dan biasanya dikaitkan dengan penipuan.
3.Mengeluarkan Lidah dalam penipuan

Ingatkah anda sewaktu kita kecil jika kita tidak suka akan seseorang atau sesuatu makanan kita akan jelirkan lidah??
Samalah konsepnya disini, kita sebagai dewasa tidak berada pada situasi yang selesa sewaktu menipu dan kita secara tidak sedar akan menjelirkan lidah untuk mengekspresikan perasaan itu, Seseorang yang menipu biasanya akan menjelirkan lidah sedikit tetapi kerap disebabkan respon ini.
Respon yang juga boleh dikaitkan dengan tabiat ini adalah menjilat bibir sewaktu bercakap-tabiat ini juga menunjukkan seseorang itu menipu.

4.Peranan Suara dalam penipuan

Seseorang yang menipu akan sedaya upaya mengawal tona suaranya dan kelajuan percakapannya. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada mengekspresikan perasaan sebenar mereka. Seseorang yang bercakap dengan anda bersuara lembut, sering kali berhenti berfikir dalam Konversasi, mengunakan banyak "ummm" dan"ersss"  ini mungkin menunjukkan bahawa seseorang itu memerlukan sedikit masa untuk memikirkan apa yang hendak dikatakan seterusnya yang biasanya merupakan penipuan dan cerika rekaan.
Jika anda perasan tabiat seperti diatas, lihat bahasa badan lain yang telah anda pelajari, mungkin anda akan kenalpasti kesahihan cerita seseorang itu.

5.Peranan badan dalam penipuan

Seperti mana seseorang yang menipu mengawal suaranya-mereka juga akan mengawal postur dan gestur badannya.
Mereka yang menipu akan kelihatan tegang dan akan keraskan badan mereka, mereka juga akan mengawal ekspresi muka mereka.
Sudah tentu, ada orang yang boleh bercakap manis dan juga kelihatan tenang, tetapi majoriti daripada kita yang tidak berpengalaman berbohong besar akan kelihatan tertekan dan gementar kerana takut tertangkap dan digelar dengan panggilan "Penipu".

Akhir kata, kita tidak mungkin mengenal pasti seorang yang menipu dengan satu sahaja gaya bahasa badan. Tetapi jika anda perasan terdapat gaya gaya isyarat badan seperti ini pada seseorang semasa percakapan, kemungkinan besar dia sedang menipu

Sekian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan